Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia...

Bilalah dapat beli radio ni...

Apa kabar rakan-rakan radio tak kira di mana juga berada.. Alhamdulillah bertemu lagi untuk kesekian kalinya di tahun 2010 yang semakin mencabar ini. Saya kira tahun ini agak mencabar baik dari segi fizikal dan mental, pelbagai cabaran yang hebat-hebat dilalui dan perjuangan untuk hidup tetap diteruskan walau apa jua rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi.

Dengan kesibukan tugasan harian, tidak mengizinkan saya untuk berada di mana-mana frekuensi amatur atau komersial. Kini biarpun dengan sedikit kelapangan, bolehlah diluangkan untuk qso dengan rakan-rakan yang lama dan baru.

Radio adalah satu hobi yang unik(setelah saya pelajarinya...) ia juga sebagai penyambung silaturrahim tidak kira dengan mana-mana rakan sekali pun selagi penerimaan dan pemancarannya dapat diterima.

Perkenalan 'KONTAK PERDANA' di udara membawa kepada persahabatan yang berpanjangan. Istilah persahabatan pastinya tidak lepas dari perselisihan pendapat, perselisihan faham dan sebagainya. Namun begitu dalam menjaga erti nama 'PERSAHABATAN' atau 'KAWAN' apalah salahnya kita muhasabah diri kita, kita menilai diri kita, adakah kita berada dilandasan yang betul, jika tersasar kita kembali semula dan betulkannya, demi... demi... untuk kebaikan bersama.

Sesekali dalam renungan saya tatkala melihat senario yg berlaku tidak kira dimana-mana, terdetik dalam fikiran alangkah meriahnya jika semua rakan radio baik yang lama dan baru bersama-sama baik di jaluran mahupun didaratan... yang lama memberikan tunjuk ajar kepada yang baru dan sama-sama berkongsi ilmu.. segala sengketa dan perselisihan faham yang berlaku dapatlah kiranya diselesaikan bersama.. dan bersama-sama berada dalam satu pasukan atau satu komuniti bagi meneruskan segala aktiviti-aktiviti yang telah dirancang demi kepentingan bersama dan demi memenuhi konteks sebenar apa itu radio amatur.

Sampai sini dulu, nanti sambung lagi dan kiranya nukilan ini dengan sengaja atau tidak, telah menyinggung perasaan rakan-rakan, ampun dan maaf dipinta dari hujung antena ke hujung PTT. Tidak terniat dalam hati dan apa yang kurang mungkin kerana kelemahan diri saya sendiri. Apa yang baik adalah dari TUHAN yang maha esa.... 9W2BDL clear 73, wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Kelas RAE di 9M4RNS

Try Hamsphere..