Nama NESRAC harum di Kenaboi



Presiden dan Naib Presiden tengah semak lokasi

Para rakan radio yang terlibat dalam KIRC 2009

Bergambar kenangan di Starting Point Rapid Challenge di Kg. Esok



Inilah dia Boy@PR-BOY( Askar pencen) hehehe...

Yang ni sapo ontah... den macam konallah!

Penamat River Challenge di Simpang Durian
Mano ni... tak sampai-sampai lai... lomeh ko?
Mau kasi naik V24 Thunder kasi audio 5/9...

Dia ni lagi! nak buek camno, dah ni blog dia... hik!hik!hik!
Pada 14 dan 15 November 2009 sekali lagi NESRAC diberikan kepercayaan sebagai "RADIO TEAM" bagi Kenaboi International River Challenge (KIRC) anjuran Jabatan Parit dan Saliran NS dan Kerajaan Negeri Sembilan yang diadakan di Jelebu Malaysia. Event KIRC ini telah mempertandingkan acara berkayak. Dua kategori dipertandingkan iaitu River Challenge pada 14hb dan Rapid Challenge pada hari esoknya. Bagi menjayakannya dan memastikan komunikasi yang terbaik, seramai 9 ahli yang diberi nama "RADIO TEAM" telah bertungkus lumus dengan persediaan yang begitu rapi telah terlibat dalam event tersebut. Alhamdulillah, pujian yang terbaik telah diberikan oleh event manager dan Pengarah JPS sendiri. Tahniah kepada semua "RADIO TEAM" yang terlibat siang dan malam bagi memastikan komunikasi yang terbaik dalam keadaan hutan yang berbukit bukau dengan terpaksa mendaki bukit yang tinggi, menuruni cerun yang curam bagi mendapatkan window yang cantik,menerima dan memancar audio untuk komunikasi bagi event tersebut. Penghargaan juga kepada "RECOVERY TEAM" yang turut sama membantu membawa "RADIO TEAM" melalui laluan offroad menuju ke check point-check point dalam event tersebut, rakan dari Melaka, Selangor dan kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak serta yang sewaktu dengannya. Sekali lagi Tahniah kepada "RADIO TEAM" yang telah menunjukkan satu TEAM WORK yang begitu jitu. Insyaallah jika dijemput lagi di tahun hadapan boleh kita berjumpa lagi. 73de9W2BDL.

Comments

  1. nanti den akan masukkan gambar otai2 dan rakan-rakan yang kojo keras dalam KIRC itu hari. 73!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelas RAE di 9M4RNS

Try Hamsphere..