Posts

Showing posts from April, 2009

QSO sambil menyandar...

Image
Apakah itu Radio Amatur? Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur (dipetik dari risalah MCMC ) Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan. Bilakah Radio Amatur bermula? Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil. Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur? Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-m

Petua2 keselamatan jalanraya

Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.