Posts

Kelas RAE di 9M4RNS

Image
Aktiviti Kelas RAE secara qso di 9M4RNS anjuran oleh Kelab Radio Amatur Negeri Sembilan (NESRAC) diadakan pada setiap Rabu jam 9.00 mlm bermula pada 23hb Februari 2011. Kepada rakan-rakan SWAL yang akan menduduki ujian RAE boleh ambil peluang ini untuk belajar dan menambah ilmu mengenai radio amatur berkaitan peraturan-peraturan radio dan teknikal. Bermula 23hb Februari, dikendalikan oleh 9W2IYZ(Ismail) dan 9W2LIM(Muslim). Bagi rakan-rakan yang telah mempunyai Lesen Radio Amatur, boleh dijadikan rujukan atau 'refresh memori'.

Try Hamsphere..

Image
"The Virtual Ham Radio experience" Boleh try bagi rakan-rakan yang belum memiliki set radio HF kat umah.. sekadar untuk mencuba dan untuk berlatih qso dengan rakan-rakan jauh dan dekat. Untuk download sila lawati laman www.hamsphere.com . sumber: www.hamsphere.com

Sedar tak sedar dah tahun baru rupanya ye..

Image
Salam. Agak lama tak update blog ni. Sedar tak sedar dah setahun rupanya.. hehe.. Belum terlambat lagi kot untuk ucapkan selamat tahun baru buat rakan-rakan sahabat handai dan taulan. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun yang lalu.

Salam Ramadhan

Image
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan-rakan radio tidak kira di mana juga berada dengan harapan semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan membawa lebih keberkatan dalam kehidupan kita.. 73 dari 9W2BDL.

HAMFEST MALAYSIA 2010

Image
Kenyataan Akhbar 13/07/10 HAMFEST MALAYSIA 2010 1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia. 2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF. 3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia. Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan. 4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan denga...

QSO simplex V47 di Bukit Jalil

Hari ni saltmining di Bukit Jalil. 30/06/2010 time 8.00pm(Malaysia time) Frekuensi 145.5875. Ada time free, qso dengan 9W2BJT(Faiz), 9W2PGQ(Nizam), 9W2NDS(Nazri), 9W2SPA(Ibrahim) dan 9W2SAQ(Zul). Guna HT antena standard dapat copy audio Faiz je.. Thanks for the qso rakan-rakan, jumpa dan jumpa lagi... 73.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia...

Image
Bilalah dapat beli radio ni... Apa kabar rakan-rakan radio tak kira di mana juga berada.. Alhamdulillah bertemu lagi untuk kesekian kalinya di tahun 2010 yang semakin mencabar ini. Saya kira tahun ini agak mencabar baik dari segi fizikal dan mental, pelbagai cabaran yang hebat-hebat dilalui dan perjuangan untuk hidup tetap diteruskan walau apa jua rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi. Dengan kesibukan tugasan harian, tidak mengizinkan saya untuk berada di mana-mana frekuensi amatur atau komersial. Kini biarpun dengan sedikit kelapangan, bolehlah diluangkan untuk qso dengan rakan-rakan yang lama dan baru. Radio adalah satu hobi yang unik(setelah saya pelajarinya...) ia juga sebagai penyambung silaturrahim tidak kira dengan mana-mana rakan sekali pun selagi penerimaan dan pemancarannya dapat diterima. Perkenalan 'KONTAK PERDANA' di udara membawa kepada persahabatan yang berpanjangan. Istilah persahabatan pastinya tidak lepas dari perselisihan pendapat...