Posts

Showing posts from June, 2010

QSO simplex V47 di Bukit Jalil

Hari ni saltmining di Bukit Jalil. 30/06/2010 time 8.00pm(Malaysia time) Frekuensi 145.5875. Ada time free, qso dengan 9W2BJT(Faiz), 9W2PGQ(Nizam), 9W2NDS(Nazri), 9W2SPA(Ibrahim) dan 9W2SAQ(Zul). Guna HT antena standard dapat copy audio Faiz je.. Thanks for the qso rakan-rakan, jumpa dan jumpa lagi... 73.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia...

Image
Bilalah dapat beli radio ni... Apa kabar rakan-rakan radio tak kira di mana juga berada.. Alhamdulillah bertemu lagi untuk kesekian kalinya di tahun 2010 yang semakin mencabar ini. Saya kira tahun ini agak mencabar baik dari segi fizikal dan mental, pelbagai cabaran yang hebat-hebat dilalui dan perjuangan untuk hidup tetap diteruskan walau apa jua rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi. Dengan kesibukan tugasan harian, tidak mengizinkan saya untuk berada di mana-mana frekuensi amatur atau komersial. Kini biarpun dengan sedikit kelapangan, bolehlah diluangkan untuk qso dengan rakan-rakan yang lama dan baru. Radio adalah satu hobi yang unik(setelah saya pelajarinya...) ia juga sebagai penyambung silaturrahim tidak kira dengan mana-mana rakan sekali pun selagi penerimaan dan pemancarannya dapat diterima. Perkenalan 'KONTAK PERDANA' di udara membawa kepada persahabatan yang berpanjangan. Istilah persahabatan pastinya tidak lepas dari perselisihan pendapat