Posts

Salam Ramadhan

Image
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan-rakan radio tidak kira di mana juga berada dengan harapan semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan membawa lebih keberkatan dalam kehidupan kita.. 73 dari 9W2BDL.

HAMFEST MALAYSIA 2010

Image
Kenyataan Akhbar 13/07/10 HAMFEST MALAYSIA 2010 1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia. 2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF. 3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia. Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan. 4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan denga...

QSO simplex V47 di Bukit Jalil

Hari ni saltmining di Bukit Jalil. 30/06/2010 time 8.00pm(Malaysia time) Frekuensi 145.5875. Ada time free, qso dengan 9W2BJT(Faiz), 9W2PGQ(Nizam), 9W2NDS(Nazri), 9W2SPA(Ibrahim) dan 9W2SAQ(Zul). Guna HT antena standard dapat copy audio Faiz je.. Thanks for the qso rakan-rakan, jumpa dan jumpa lagi... 73.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia...

Image
Bilalah dapat beli radio ni... Apa kabar rakan-rakan radio tak kira di mana juga berada.. Alhamdulillah bertemu lagi untuk kesekian kalinya di tahun 2010 yang semakin mencabar ini. Saya kira tahun ini agak mencabar baik dari segi fizikal dan mental, pelbagai cabaran yang hebat-hebat dilalui dan perjuangan untuk hidup tetap diteruskan walau apa jua rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi. Dengan kesibukan tugasan harian, tidak mengizinkan saya untuk berada di mana-mana frekuensi amatur atau komersial. Kini biarpun dengan sedikit kelapangan, bolehlah diluangkan untuk qso dengan rakan-rakan yang lama dan baru. Radio adalah satu hobi yang unik(setelah saya pelajarinya...) ia juga sebagai penyambung silaturrahim tidak kira dengan mana-mana rakan sekali pun selagi penerimaan dan pemancarannya dapat diterima. Perkenalan 'KONTAK PERDANA' di udara membawa kepada persahabatan yang berpanjangan. Istilah persahabatan pastinya tidak lepas dari perselisihan pendapat...

Selamat menduduki RAE bil. 2/2009

Salam. Untuk rakan-rakan SWAL yang akan menduduki RAE bil. 2/2009 diucapkan Selamat menduduki peperiksaan tersebut dan Semoga berjaya. 73 dari 9W2BDL.

Seminar RAE di Seremban 3, Negeri Sembilan

Image
Seminar Radio Amatur telah diadakan di Paradise Valley Golf Resort, Seremban 3, Negeri Sembilan pada 10 Disember 2009. Rakan radio dari Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur telah hadir bagi mendengar Taklimat dan Penerangan dari MCMC. Seminar yang berlangsung selama 3 jam ini telah dihadiri kira-kira seramai lebih kurang 300 orang rakan SWAL dan Amatur. Semoga segala penarangan dan ilmu yang telah diberikan dapat membantu dalam Peperiksaan Radio Amatur (RAE) yang akan diadakan pada 16 Disember nanti. Didoakan semua berjaya! 73de 9W2BDL. Banner Seminar di Lobi Resort Penerangan dari MCMC Peserta yang berkesempatan untuk hadir Ramai jugak... tengah khusyuk mendengar. Promosi Peralatan Radio Sementara menunggu, kita minum dulu... Sembang2 sambil pekena teh tarik... Papa Rock jadi pengerusi ker!

Kelas RAE anjuran NESRAC

Image
Kelas RAE anjuran NESRAC diadakan kepada ahli-ahli SWL yang akan menduduki peperiksaan Radio Amatur (RAE) bil. 2/2009 yang akan diadakan pada 16/12/2009. Kelas diadakan pada setiap Sabtu malam Ahad jam 8.00mlm. Seramai lebih kurang 15 peserta telah hadir termasuk peserta dari wilayah tengah demi untuk mencari ilmu dan menambahkan pengetahuan bagi persediaan menghadapi RAE bil. 2/2009 ini. Cikgu kelas tak lain tak bukan Tuan Presiden NESRAC sendiri 9W2LUD Pak Maulud dengan dibantu oleh beberapa rakan. Didoakan agar semua rakan yang akan menduduki RAE dapat menjawab dengan betul dan lulus bagi mendapatkan Peruntukan Radas Radio Amatur kelas B. 73de9W2BDL. NESRAC Club House Peralatan lengkap disediakan untuk kemudahan peserta. 9W2LUD tengah mangajar... Tengah consentrate belajar... Yang ambil gambar ni, gambar dia memang tak de...