Apakah itu Radio Amatur? Sepuluh Perkara yang anda perlu tahu berkenaan Radio Amatur (dipetik dari risalah MCMC ) Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan. Bilakah Radio Amatur bermula? Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu system penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil. Apakah yang boleh saya lakukan dengan Radio Amatur? Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-m...